Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sembang Santai Tarik Minat Belia

By 18 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Fatkhulmoin Robiki (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Sebagai antara usaha menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan belia, satu Pertandingan Sepak Takraw diadakan semalam sempena Program Sembang Santai di Dewan Orang Ramai Sungai Sumun di sini.

Menurut Biro Pembangunan Belia dan Sukan Kampung Sungai Sumun 2, Zuber Othman, 50, program seumpama ini dapat mengelakkan generasi muda daripada melakukan perkara-perkara yang tidak sihat.

“Sembang Santai ini dilaksanakan bagi mengeratkan silaturahim para belia setempat melalui pendekatan secara santai serta pertandingan sepak takraw,” ujar Zuber.

Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Sumun 2 ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara masyarakat setempat di samping mewujudkan suasana yang lebih harmoni.

 

Belia (Hilir Perak)

 

Ketua Kampung Sungai Sumun 2, Haji Baharom Shaari, 63, berkata program sebegini merupakan yang biasa dilaksanakan di sini setiap tahun.

Katanya, program ini melibatkan penduduk pelbagai peringkat umur dan kaum melalui aktiviti, seperti sukaneka, pertandingan futsal, takraw dan sebagainya.

Sementara itu, menurut seorang belia yang ditemui Malaysiaaktif, Amirul Shamsudin, 17, walaupun pertandingan itu tidak menawarkan hadiah yang lumayan, namun belia di kawasan tersebut tetap bersemangat untuk menyertainya.

“Hadiah tidak penting tetapi semangat dan komitmen kami dalam setiap program yang dilaksanakan adalah lebih penting,” kata Amirul.

Tambah Amirul, dia dan rakan-rakannya berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

 

-DZ/AH/ AAS

Tinggalkan komen anda