Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Waqaf Merapatkan Hubungan Antara Kaya Dan Miskin

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Suriani bt Ghazali

IPOH, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Program Waqaf Perak Ar-Ridhuan dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara yang kaya dan miskin.

Itu antara intipati titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sewaktu menyempurnakan Majlis Pelancaran Dana Waqaf Perak Ar-Ridhuan di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.

perak2

 

Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk),  Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, pewujudan Enakmen Wakaf (Perak) 2015 merupakan satu titik baru di dalam pentadbiran wakaf di Negeri Perak.

“Melalui enakmen ini, MAIPk mempunyai kuasa yang lebih jelas, teratur dan dibenarkan oleh undang-undang untuk melaksanakan pelbagai kaedah pentadbiran harta wakaf,” ujar Wan Mohd Zahid.

MAIPk juga selaku Pemegang Amanah Tunggal semua wakaf di Perak telah menubuhkan sebuah dana khas yang dinamakan “Waqaf Perak Ar-Ridhuan”. Dana yang berjaya dikumpulkan melebihi RM10.8 juta ini disasarkan kepada empat teras utama iaitu keagamaan, ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Maybank Islamic mendahului sumbangan wakaf sebanyak RM10 juta diikuti dengan orang perseorangan, Haji Yahya Toot dengan sumbangan sebanyak RM300 ribu.

IMG_3849

 

Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Menteri Besar Perak, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak, Lembaga Air Perak, UDA Holdings Berhad dan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak turut menyumbang kepada wakaf ini.

Antara projek yang akan dibiayai menggunakan sumbangan menerusi dana ini adalah seperti wakaf pembangunan dan perkembangan Ilmu Al-Quran di negeri Perak, Waqaf Business Centre (WBC), wakaf bot, wakaf bagi pembinaan pusat hemodialisis, wakaf bangunan kediaman Pelajar Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di Kuala Kangsar dan Waqaf bagi Program Kecemerlangan dan Pembelajaran ICT bagi pelajar luar bandar.

 

-DZ/SH

Tinggalkan komen anda