Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Juruteknik Jadi Pengusaha Bot

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Oleh: Mohd Zanizal Zamani, Ariza Mohamed Zaki & Ahmad Fukrazi Ramli (Butterworth)

BUTTERWORTH, 7Ā Apr (Malaysiaaktif) ā€“ Minat yang mendalam terhadap aktiviti menangkap ikan membuatkan seorang juruteknik elektronik daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang cuba menceburi bidang perusahaan bot fiber.

Muhamad Naser Talib, 58, nama yang tidak asing lagi dalam kalangan penduduk tempatan, terutamanya pembuat bot di Pulau Ninang.

Naser yang berasal dari Lahar Minyak, Penaga telah memulakan perusahaan bot fiber sejakĀ  2014.

edb2941c-b0a5-4eef-8e64-9ee5de795598

Disoal tentang pengetahuan membuat bot, Naser berkata rakan-rakan nelayan banyak memberi tunjuk ajar. Setiap kali ada kelapangan, dia akan turun ke laut untuk menangkap ikan.

Selain membuat bot, syarikat Naser juga turut menawarkan perkhidmatan membaik pulih bot-bot yang rosak. Bot fiber keluarannya merangkumi bot penumpang, bot nelayan dan kayak.

Tambah Naser, dia terpaksa bersaing dengan pengeluar bot lain, dari dalam dan luar negara. Naser sentiasa melakukan pembaharuan seperti menghasilkan bot yang lebih besar, berkualiti tinggi dan mempunyai reka bentuk yang terkini

Naser juga sentiasa memastikan agar setiap tempahan disiapkan pada masa yang dijanjikan.

ā€œMasa yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah bot fiber bersaiz 30 kaki adalah selama sebulan meliputi proses membina kulit seterusnya struktur dalaman dan proses terakhir pemasangan bumbung serta aksessori.ā€

Harga bagi sesebuah bot bermula daripada RM40,000 bergantung kepada jenis bot, saiz dan enjin yang diinginkan pelanggan.

ā€œDari segi kos, walaupun bot fiber ini jauh lebih murah namun kualitinya sama dengan bot kayu membuatkannya menjadi pilihan ramai.ā€

fef8beb7-3ac8-4658-a028-ee8662773453

Berbekalkan modal sebanyak RM200 ribu dan bantuan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) serta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Ā Ā Ā Ā Ā Ā  Naser berjaya mengasaskan syarikat Fibra Marine Manufacturing and Trading di muara Sungai Abdul, Butterworth.

Dengan dibantu oleh lima pekerja, sehingga kini Naser telah berjaya menghasilkan kira-kira 20 buah bot pelbagai saiz.

Pelanggan Naser terdiri daripada nelayan sekitar Pulau Pinang, utara Perak, Kedah danĀ  pengusaha bot Tasek Banding serta USM Pulau Pinang.

– AH/SF

Tinggalkan komen anda