Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pulau Pinang Digesa Kaji Pengangkutan Awam

By 8 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

– Gambar hiasan

 

 Oleh: Azrul Hasan (George Town)

GEORGE TOWN, 8 April (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP), Datuk Seri Zainal Abidin Osman semalam menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan kajian berkenaan keperluan perkhidmatan pengangkutan awam di sini.

Zainal menjelaskan bahawa Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih RM459 juta melalui kemudahan bas yang disediakan Rapid Penang.

“Melalui 401 bas yang beroperasi di Pulau Pinang, Rapid Penang telah memberikan perkhidmatan kepada 93 ribu penumpang dalam sehari.  Namun begitu, statistik ini memperlihatkan bahawa rakyat Pulau Pinang masih kurang menggunakan kemudahan pengangkutan awam,” ujar Zainal lagi dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MTPNPP di sini, semalam.

db52d48e-37e0-4f92-bcd4-46b163fd68f7

Sehubungan itu, Zainal meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan kajian berhubung bilangan penumpang yang benar-benar memerlukan khidmat pengangkutan awam di bawah “Penang Transport Masterplan” agar segala kemudahan yang dirancang tidak merugikan dan berdaya maju.

Pada sidang media yang sama, Zainal turut memaklumkan tentang usaha Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang membuat penjadualan semula penanaman padi dan penyaluran air ke kawasan sawah padi yang tidak dimasuki air, ekoran sungai yang kering disebabkan fenomena El Nino.

– AH

Tinggalkan komen anda