Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Menjulang Semangat Patriotik Di Kem Aspirasi Pelajar Pahang

By 8 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

   Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Maran)

  Maran, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 87 orang pelajar dari 41 buah sekolah menengah Pahang Barat selesai menghadiri Kem Aspirasi Pelajar hari ini. Pelajar-pelajar dari enam (6) buah daerah di Pahang Barat iaitu Daerah Bera, Temerloh, Raub, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis berkampung di Kem Biro Tata Negara (BTN) Maran sejak 4 April lagi bersama guru pengiring dari sekolah masing-masing.

Sepanjang empat (4) hari berada di Kem anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Pahang yang bermula 4 hingga 7 April ini, pelajar-pelajar telah di pupuk dengan semangat patriotisme, perpaduan, budaya jati diri bangsa yang setia dan berani.

 

Menurut seorang guru pengiring Cik Nur Fauzani Mohd Salim, 27, kem ini telah Berjaya memupuk semangat patriotisme dan kerjasama  dalam kalangan pelajar. Ini sangat penting kerana mereka adalah bakal pelapis kepimpian Negara.

 

 

Seorang lagi pengiring, Puan Law Siew Kuai berkata, kem ini telah berjaya menyatukan pelajar dari pelbagai bangsa bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat. Selain itu, kem ini juga menurut beliau, telah berjaya mendedahkan pelajar dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan negara. Kem ini juga berjaya mencungkil bakat kepimpinan para pelajar, ujarnya lagi.

Seorang pelajar, Nur Faiza Idayu Mohd Noor berkata melalui kem ini, beliau mendapat kawan baru dari pelbagai daerah yang berupaya menunjukkan sifat berani serta tidak putus asa dalam melakukan sesuatu usaha.

 

 

Bagi Fabin Kok Zhen Cheng pula, kem ini membina semangat patriotik yang tinggi kepada beliau. Selain itu, beliau dapat belajar bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

 

Nasarudin Manaf Penolong Ketua Urusetia

Nasarudin Manaf
Penolong Ketua Urusetia

Encik Nasarudin Manaf, Penolong Ketua Urusetia Kem Aspirasi Pelajar selama empat (4) hari tiga (3) malam ini berkata, kem ini adalah kerjasama strategik di antara Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Pelajaran Malaysia. Objektif utama kem ini menurut beliau, adalah memupuk semangat patriotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti, memupuk budaya jati diri bangsa yang setia, berani dan sanggup berkorban untuk bangsa dan negara, dan memperkasakan semangat perpaduan di kalangan peserta tanpa mengira kaum, bangsa dan agama serta di adakan juga di negeri-negeri lain seluruh negara.

Tinggalkan komen anda