Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeMelaka

Skim Bazaar Ramadhan: 13 Juta Untuk Penjaja Seluruh Negara

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka / Foto Fauzrina Hj Bulka & Aziz AS

MELAKA, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Sejumlah RM13 juta akan diagihkan kepada penjaja yang berminat untuk membuat pinjaman melalui Skim Bazaar Ramadhan tahun ini.

Menurut Presiden Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (PPPKMM), Datuk Ramli Norani, ahli berdaftar akan mendapat pinjaman sebanyak RM3000 tanpa cagaran dan faedah sebagai modal berniaga pada Ramadhan akan datang.

 

20160423011436 (1)

 

“Peniaga diberi peluang membayar semula pinjaman tersebut dalam tempoh tiga bulan selepas pinjaman dibuat untuk memberi kelonggaran kepada mereka kerana sebelum ini tempoh yang diberikan hanya sebulan sahaja, iaitu sebaik tamat bulan puasa,” jelasnya semasa Majlis Sepetang Bersama Penjaja-Penjaja dan pebiaga-Peniaga Negeri Melaka di Bukit Katil semalam.

Tambahnya, sebelum ini pihak persatuan seringkali mendapat aduan bahawa sewa tapak bazaar yang dikenakan oleh pihak majlis sangat tinggi, dengan itu pada tahun ini ia diturunkan sebanyak 25 peratus mengikut tempat.

Ramli berkata persatuan juga mengalu-alukan para penjaja dan peniaga kecil untuk mendaftar sebagai ahli kerana pelbagai faedah dan bantuan bakal diperoleh jika berlaku musibah kepada mereka.

“Peniaga hanya perlu datang membawa kad pengenalan dan juga sijil perniagaan jika ingin mendaftar dan yuran sebanyak Rm30 akan dikenakan,”katanya.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhammad, Pengerusi PPPKMM Cawangan Merlimau, Datuk Zaleha Bujang serta Yang Di Pertua PPPKMM dari pelbagai negeri.

 

-AAS
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda