Skip to main content
Kuala LumpurWilayah Persekutuan

Perkasa Belia dan Beliawanis Ke Arah Survival Hidup Harmonis

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Shah Bani Saad (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Pembangunan belia memerlukan jati diri, konsisten, komitmen serta keperkasaan ilmu ke arah meraih kehidupan harmoni dan berjaya pada masa depan.

Demikian ucapan perasmian Setiausaha MCA Bahagian Wangsa Maju, merangkap Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Ng How Door dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara di Pejabat MCA Wangsa Maju Kuala Lumpur semalam.

“Dalam hal pembangunan belia dan beliawanis di Parlimen Wangsa Maju, sebanyak 134 persatuan yang wajar diberi bimbingan tentang hala tuju mereka demi kejayaan kehidupan yang maju dan kompleks di masa akan datang,” kata beliau.

Menurut beliau, sebanyak lebih 50 bilion dibelanjakan dalam RMK-11 untuk pembangunan belia demi survival hidup.

Tambah beliau lagi, pembangunan kemudahan sukan untuk belia di Wangsa Maju adalah secara berperingkat dan bukan drastik. Di samping aktiviti sukan, soal kerjaya hidup wajar diberi fokus dengan merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan menerusi agensi pekerjaan dan usahawan. Ini menunjukkan kepekaan pihak kerajaan terhadap belia yang menjadi pewaris masa depan negara.

Beliau menambah, pembangunan belia harus meliputi belia bandar, luar bandar, anak yatim, belia berpendapatan rendah samada sektor awam atau swasta. Segala usaha ke arah hala tuju itu dijalankan secara bersepadu meliputi ekonomi, sosial serta peningkatan taraf hidup pada keseluruhannya.

Seramai 100 orang hadir ke persidangan ini.

 

-DK

Tinggalkan komen anda