Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

‘Smart TV’ Tingkatkan Minat Belajar

By 20 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

JASIN, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Proses pengajaran dan pembelajaran melalui mekanisme ‘smart TV‘ dapat meningkatkan minat pelajar di samping memberikan pendedahan tentang perkembangan teknologi kini.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwong melancarkan tabung derma kilat untuk penambahbaikan Kelas Abad 21, Sekolah Kebangsaan Seri Machap (SKSM) ketika Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKSM petang tadi.

Nai Kwong turut memperuntukkan RM10,000 untuk pembelian ‘smart TV‘ dan komputer.

Guru, Iezani Jailani, 31, berpendapat bahawa secara positifnya peruntukan tersebut dapat menambah baik infrastruktur yang menjurus kepada kelas abad 21.

“Ini akan dapat meningkatkan peluang pelajar luar bandar untuk mendapat kemudahan pembelajaran setaraf dengan pelajar di bandar,” kata Iezani.

Pada majlis yang sama, seramai 12 murid cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 turut diraikan petang tadi dalam majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG di sini.

Sembilan murid berjaya memperoleh 5A sementara tiga lagi memperoleh 4A dalam peperiksaan tersebut.

Guru Besar SKSM, Othman Abd Wahid berkata SKSM menduduki tangga teratas dalam senarai sekolah terbaik bagi keputusan UPSR 2015 di Daerah Jasin manakala tempat keenam bagi seluruh sekolah di Melaka.

“Sekolah ini juga dikelaskan sebagai sekolah luar bandar yang terbaik di Melaka dalam pencapaian UPSR 2015.

“Guru-guru telah berusaha gigih bagi melayakkan SKSM memperoleh band satu dalam UPSR tahun ini,” ujar Othman.

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda