Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Ramah Mesra dan Ziarah Mahabbah Orang Asli

By 20 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

oleh: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

JASIN, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Bagi mewujudkan kemesraan antara agensi kerajaan dengan masyarakat orang Asli luar bandar, Majlis Ramah Mesra dan Ziarah Mahabbah Negeri Melaka telah diadakan di Kampung Orang Asli Solok Terentang, Jus, Asahan di sini pagi tadi.

Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya, berharap masyarakat orang Asli dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan mengambil kesempatan dengan peluang pendidikan yang diberi.

Zamrud turut menyeru anak-anak orang Asli agar berani menghadapi cabaran untuk terus maju.

Menurut Tok Jenang, Latif Bentong, program ini wajar diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara masyarakat dengan agensi dan jabatan.

Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.

Antara aktiviti dalam program ini ialah menziarahi orang kampung yang uzur dan memperindah kawasan kampung serta mencantas dahan-dahan yang tumbuh hampir dengan rumah orang Asli dengan bantuan MPJ.

Turut hadir Pegawai Kanan JHEOA,
Jelani Haji Hashim, ketua-ketua jabatan dan wakil agensi serta masyarakat orang Asli.

 

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda