Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Solidariti Setiawangsa Tidak Berbelah Bagi Sokong PM

By 17 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Azhar Yazid

KUALA LUMPUR, 17 Apr (Malaysiaaktif) -Ke arah sokongan terhadap Perdana Menteri, Sahabat Setia P.118 Setiawangsa telah mengadakan perhimpunan Solidariti bersama Najib Razak di Laman Bestari AU3, Setiawangsa pada pukul 8 malam, Jumaat lepas.

Majlis ini dihadiri kira-kira 400 orang yang terdiri daripada pelbagai NGO di Parlimen Setiawangsa.

Tujuan perhimpunan Solidariti ini menyatakan sokongan NGO di Parlimen Setiawangsa terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

Wakil-wakil dari setiap NGO yang hadir turut menandatangani memorandum bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri.

IMG-20160417-WA0023

Antara kandungan memorandum tersebut adalah menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Najib, NGO di Parlimen Setiawangsa akan sentiasa berdiri teguh di samping  dan sentiasa bersifat terbuka terutama untuk kepentingan rakyat serta mahu Najib terus kekal memimpin negara.

Memorandum akan diserahkan kepada Perdana Menteri oleh Senator Datuk Seri Hj Abd Halim Samad.

“Dengan kehadiran setiap wakil NGO pada malam ini jelas menunjukan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap Datuk Seri Najib Razak,” ujar Datuk Ahmad Fauzi, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Beliau turut menyatakan sebagai seorang pemimpin, Perdana Menteri Najib sentiasa akan melakukan kebaikan dalam memimpin negara untuk kepentingan rakyat, walaupun pasti akan timbul keburukan yang dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Turut hadir Datuk Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, Senator Datuk Seri Hj Abd Halim Samad, Ahli Dewan Negara dan Encik Rahman Hashim, Pengerusi Sahabat Setia P.118 Setiawangsa.

-DK

Tinggalkan komen anda