Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Ulang Tahun Bandaraya Melaka, MBMB Tawar Insentif

By 15 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

-Gambar hiasan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) hari ini menawarkan beberapa insentif yang menarik sempena sambutan Ulang Tahun ke-13 Bandaraya  Melaka.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin, antara insentif yang diberikan ialah pengecualian semua jenis kompaun kecuali kesalahan pusat hiburan dan kekotoran kerja tanah sebanyak 50 peratus.

“Selain itu, pengurangan caj perkhidmatan seperti Cukai Taksiran Harta sebanyak 75 peratus diberikan kepada pelanggan dengan syarat melunaskan dahulu mana-mana bayaran tunggakan dan insentif ini sah sehingga 18 april 2016,” ujar Zainal.

Tambahnya, bagi orang ramai yang ingin membawa ahli keluarga untuk beriadah pada hari ini ditawarkan tempat parkir percuma untuk sepanjang hari di kawasan seliaan MBMB.

Selain pemberian insentif, MBMB turut menyediakan pelbagai aktiviti untuk orang ramai. Antaranya Malam Bandaraya Melaka Berselawat pada 14 April, Program Tadarus Al-Quran Perdana pada 15 April, Zumba Bandaraya Pada 16 April dan Pertandingan Melukis “Bandaraya Melaka 2020” Peringkat Sekolah Menengah pada 19 April.

 

-DZ/AH

Tinggalkan komen anda