Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

YAYASAN MUNARAH BANTU BINA RUMAH MANGSA KEBAKARAN

By 16 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Hamidah binti Md Drus

Jempol : 15 April 2016 (Malaysiaaktif) – Yayasan Munarah yang dinaungi oleh YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz telah membantu membina rumah mangsa kebakaran di Felda Pasoh 3.

Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud pagi tadi mencemar duli menjayakan majlis pengurniaan kunci rumah di perkarangan rumah baru tersebut.

 

Jpeg

Jpeg

 

Mangsa, Mohd Nor bin Abdul Rashid telah kehilangan tempat tinggal apabila rumah yang didudukinya musnah dijilat api pada kebakaran bulan September 2015 yang lalu. Yayasan Munarah mengadakan kunjungan bagi melihat keadaan mangsa telah bersetuju untuk membina sebuah rumah baru untuk Mohd Nor meneruskan kehidupan. Pembinaan yang telah bermula pada bulan Januari yang lalu hanya memakan masa selama 57 hari pembinaan dan telah siap dibina serta boleh diduduki. Mohd Nor mempunyai 13 orang anak dan 26 orang cucu.
Menurut Mohd Nor, beliau merasa amat terharu dengan keprihatinan keluarga Diraja Negeri Sembilan itu. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yayasan Munarah.

Di majlis sama, Tunku Ali menyampaikan sumbangan Kebajikan kepada Pengerusi Pertubuhan Ar Raudhah sebanyak RM 120 000.00.

Jpeg

Jpeg

Ketibaan tuanku bersama kedua-dua anakandanya YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin bersama kerabat diraja yang lain disambut meriah oleh penduduk Felda.

Tinggalkan komen anda