Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViralWilayah Persekutuan

Wanita Lawan Lelaki Dalam Ragbi ‘Fun Touch’

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sylvia Jocylena Sumping (Labuan)

LABUAN, 12 Apr (Malaysiaktif) –? Dua pasukan ragbi wanita berentap bersama 13 kelab ragbi lelaki dalam kejohanan Ragbi ‘Fun Touch’.  Kejohanan yang bermula Jumaat lepas dan berakhir pada Ahad ini dianjurkan oleh Victorian Rugby Club (VRC) dengan kerjasama Jabatan Perlabuhan dan Dermaga Sabah.

Walaupun sukan ragbi terkenal dengan kelasakan dan keganasannya, tetapi ini tidak mengahalang dua pasukan wanita untuk turut sama menyertai acara yang diadakan di Padang Jabatan Dermaga dan Pelabuhan Sabah ini.

 

IMG_0199

 

Menurut salah seorang peserta, Syrlly Sumping beliau mengemari ragbi bukan kerana ia sukan lasak semata-mata tetapi ia banyak membantu memantapkan mental dan fizikal, selain mendisiplinkan diri sendiri.

Kejohanan julung kali diadakan itu berjaya mengumpul sebanyak 15 penyertaan dari pelbagai kelab ragbi di Labuan, termasuk dua pasukan ragbi wanita.

Jelas Syrlly lagi, tidak dinafikan kecederaan akan berlaku dalam sukan ini, tetapi kecederaan semasa bersukan biasa berlaku tidak kira apa jua sukan yang kita ceburi.

VRC merupakan sebuah kelab ragbi berdaftar yang giat mempromosi, mengendali dan menguruskan sukan ini di Labuan, kelab ini baru ditubuhkan dengan keahlian mencecah 40 ahli. Penglibatan kelab kini sudah mula berkembang ke luar negeri.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda