Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

[VIDEO] Padam Kebakaran Hutan Sukar Kerana Tanah Gambut

By 12 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohd Faizul Effendy Abd Rahman, Aiman Zuhairi & Azmi Shamsuddin (Kuantan)

KUANTAN, 12 Apr (Malaysiaaktif) — Kebakaran hutan di Kampung Sungai Ular berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah dipercayai punca jerebu yang meliputi bandar Kuantan hari ini.

Kebakaran yang berlaku sejak seminggu lalu dipercayai akibat cuaca panas dan kering kesan daripada fenomena El Nino yang sedang melanda rantau ini.

 

 

Asap kebakaran dipercayai dibawa angin sejauh lebih 20 kilometer dan menyebabkan keadaan berjerebu.

Menurut Pegawai Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, Norlia Isnawi, pihaknya mula melakukan kerja-kerja pemadaman sejak 9 April lalu sehingga kini. Usaha pemadaman terpaksa mengambil masa yang lama kerana kawasan yang terjejas seluas 74 hektar, selain kesukaran disebabkan tanah separa gambut di kawasan berkenaan.

 

20160412033945 (1)

20160412033945 (2)

 

Seramai 12 orang anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng digerakkan untuk kerja-kerja memadam kebakaran. Mereka dibantu oleh sebuah helikopter dari unit udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda