Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

‘We Believe We Can Fly Higher’ Suntik Motivasi Anak Cemerlang

By 19 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Edawati Sulaiman @ Hod/ Hjh Norizah Hj. Jadid

KUALA LUMPUR, 19 Apr (Malaysiaaktif) — ‘We Believe We Can Fly Higher’ adalah tema bagi Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2016 anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa(YPT) kali ke-12 yang diadakan di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa hari ini.

Menurut Pengarah Urusan YPT Emir Abdul Jalal, tema ini dipilih bagi menggambarkan keyakinan, semangat dan kepercayaan bahawa anak-anak angkat YPT mampu mencapai kejayaan cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, malah di dalam apa juga bidang.

Tema yang sinonim dengan lagu I Believe I Can Fly nyanyian artis Amerika R.Kelly ini mampu menjadi pembakar semangat anak-anak untuk lebih cemerlang dan berjaya.

Sehingga kini, sejumlah 45 buah sekolah telah dijadikan sekolah angkat dibawah naungan YPT sejak penubuhannya dan hari ini lebih 400 pelajar menerima anugerah kecemerlangan di dalam peperiksaan.

 

20160419022735

 

Mereka terdiri daripada 161 orang untuk Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR), 183 untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), 36 untuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 78 orang untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 78 pelajar untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Program secara ‘Perkongsian Pintar’  diantara YPT dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini memberikan impak besar kepada mutu pendidikan, khususnya sekolah angkat dibawah yayasan tersebut.

Dalam ucapannya beliau, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hajah Foziah Buang berkata bukan mudah untuk melahirkan modal insan cemerlang kerana segala perancangan dan pelaksanaan perlu selari dengan program serta agenda yang disusun kerajaan.

Sementara itu, selaku Pengerusi YPT, Datuk Astamam Abdul Aziz pula berkata kecemerlangan anak-anak bukan hanya bergantung kepada kecemerlangan akademik,tetapi juga kemahiran bagi memastikan pencapaian matlamat modal insan negara dari zaman ke zaman yang memerlukan kriteria berbeza.

Pendapat Astamam disokong oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Khairil Awang.

Beliau berkata pemikiran pelajar abad ke-21 membabitkan kemantapan intelektual, kemahiran dan integriti dari peringkat awal. Ini kerana setakat ‘cerdik’ sahaja tidak akan memadai  tanpa bertunjangkan usaha.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda