Skip to main content
Berita TempatanHomeKedah

1000 Hadir Talaqi Bersama Mufti

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 oleh :  Mahazir Abu Hassan & Yaakob Md Isa (Baling)

BALING, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis ilmu ‘Talaqi Bersama Mufti’ telah diadakan malam semalam bertempat di Dataran Balai Minda Sekolah Kebangsaan Kampung Sera dan dihadiri kira-kira 1000 orang.

Mufti Kedah Datuk Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Haji Ahmad telah hadir dan mengajar talagi bacaan Surah Al-Fatihah, Surah Kahfi dan talaqi Hadis Imam Bukhari. Majlis ini berjaya menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat terdiri pelajar-pelajar dari sekolah terpilih dari daerah Baling serta masyarakat setempat.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Majlis Ilmu Talaqi bersama Mufti, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain berkata, program ilmu secara Talaqi ini julung-julung kali diadakan di Daerah Baling khususnya Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu dimana masyarakat boleh berguru secara terus dengan Mufti .

“Mufti sebagai pakar rujuk kerajaan negeri, sudah tentulah amat sibuk dengan pelbagai aktiviti peringkat negeri dan kita amat bertuah biarpun atas kekangan masa, beliau sanggup hadir memberi keutamaan pada program malam ini untuk bersama masyarakat di sini,” ujarnya lagi.

Talaqi ialah “ perjumpaan atau pertemuan” dan juga bermaksud pengajian ilmu Islam yang disampaikan secara, dari guru kepada anak murid secara berdepan dan bil musyafahah (dari mulut ke mulut) dan Objektif program  untuk menyuburkan kembali tradisi menuntut ilmu secara talaqi kitab dengan para masyaikh dan guru yang diakui sanadnya.

Turut hadir pada majlis ini ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Sera, Muhamad Padel bin Mansor.

 

-SH

Tinggalkan komen anda