Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tiket Diskaun MasWings ke Sunset Music Fest

By 26 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Asmidar Zainol & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 26 Mei (Malaysiaktif) – MASwings memberikan diskaun 70 peratus ke atas tiket penerbangan dalam negeri bermula 1 Mei hingga 4 Jun ini.

Menurut Ketua Pegawai Komersial MASwings, Shauqi Ahmad, pemberian tiket diskaun itu bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan Sunset Music Fest @ The Tip of Borneo pada 4 Jun nanti.

“Kami memberikan harga tiket istimewa bukan sahaja kepada mereka yang akan menghadiri festival ini tetapi juga kepada pelancong yang ingin bercuti ke Kota Kinabalu.

“Harga istimewa ini serendah RM 41 (sehala) dari Labuan ke Kota Kinabalu, manakala harga paling mahal pula dari Kuching ke Kota Kinabalu iaitu RM152 (sehala).

“Selain Labuan dan Kuching, MASwing turut memberi diskaun dari Bintulu, Miri, Lahad Datu, Labuan, Sibu, Mulu, Tawau dan Sandakan bagi penerbangan yang bermula pada 27 Mei hingga 12 Jun ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata sebanyak 600 tiket disediakan bagi menyaksikan festival tersebut, termasuk 200 tiket yang sudah terjual.

“Memandangkan festival tersebut diadakan pada cuti sekolah, kami berharap para ibu bapa akan mengambil kesempatan menyaksikan festival ini sambil melancong ke Simpang Mengayau.

“Selain persembahan, pengunjung juga boleh mengambil kesempatan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kudat antaranya Rumah Panjang Rungus, Ladang Lebah Madu Gombizau dan Kampung Sumangkap untuk melihat sendiri proses membuat gong secara tradisional,” ujarnya.

Sunset Music Fest @ The Tip of Borneo 2016 kali ke-10 ini akan bermula pada 5.00 petang hingga 9.00 malam melibatkan artis seperti Marsha Milan, Farhan Azizan, Dafi, Esther Applunius, The Deep Buskers dan kumpulan D’Franciscan UKE Onsoi yang terdiri daripada pelajar SMK St Francis Xavier, Keningau serta kumpulan Matlankidz & Brothers.

Harga tiket RM50 bagi dewasa (13 tahun dan ke atas) manakala percuma untuk kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)

 

 

SF

Tinggalkan komen anda