Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Amil Mantap Cara Urus Zakat Fitrah Menjelang Ramadhan

By 25 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Abdul Raof bin Othman

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Malaysiaaktif) –
Bengkel Pengurusan Zakat Fitrah untuk Ketua Amil dan Amil menjelang bulan Ramadhan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan semalam di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Hj Zainal Abidin Jaffar, “Bengkel ini bertujuan untuk memberi keterangan kepada Ketua Amil dan Amil mengenai cara pelaksanaan mengutip duit zakat fitrah bagi bulan ramadhan tahun ini”.

Beliau yang merasmikan bengkel ini telah disertai seramai 500 orang peserta dan melibatkan semua masjid di bawah Wilayah Persekutuan.

Bengkel ini juga menerangkan keperluan tentang cara-cara mengutip duit zakat fitrah secara tidak tertekan kepada pembayar zakat terutama dalam hal beban kewangan semasa sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Hadir dalam program ini adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri.

 

-DK

Tinggalkan komen anda