Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Padang Bola Baharu untuk Komuniti Bandar Tun Razak

By 25 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Komuniti di Bandar Tun Razak kini dapat bersukan dan beriadah dengan selesa setelah padang bolasepak baharu dibina menggantikan yang lama.

Padang ini dilengkapi dengan infrastruktur yang lebih baik iaitu saiz lebih besar, kemudahan tempat duduk penonton, kiosk, tandas, bilik persalinan, lampu limpah, pondok pengawal dan bangunan satu tingkat, Pejabat Kecil Pengurusan Kawasan Zon Selatan DBKL.

“Pembinaan padang bolasepak baharu ini diharap dapat digunakan dengan sebaiknya sebagai tanda terima kasih dan sokongan terhadap usaha-usaha kerajaan kepada komuniti setempat”.

Menteri di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Padang Bolasepak Bandar Tun Razak di Taman Tasik Permaisuri yang dibina secara tanggungjawab sosial (CSR) oleh Sinerjuta Sdn. Bhd.

IMG-20160524-WA0031

Padang bola sepak lama di Jalan Budiman yang berkeluasan 2,098 ekar kelak akan dibangunkan untuk pembinaan 640 unit rumah gantian baharu kepada semua penduduk di Perumahan Awam (PA) Seri Labuan iaitu Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dengan keluasan tidak kurang 800 kaki persegi dan pangsapuri harga bebas.

KWP secara prinsipnya bersetuju supaya PA Seri Labuan yang berkeluasan 400 hingga 528 kaki persegi dibangunkan semula bagi meningkatkan taraf hidup penduduk dan memberikan keselesaan dari segi saiz rumah yang lebih luas dan selesa serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti tempat letak kereta, surau, taska, dewan dan sebagainya.

“Pembangunan semula unit rumah yang lebih selesa juga merupakan tanggungjawab kerajaan supaya seluruh warga Wilayah Persekutuan dapat hidup dalam persekitaran yang ceria dan sejahtera”, ujar beliau.

-DK

Tinggalkan komen anda