Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Balu, Anggota Polis Melaka Terima Sumbangan TAPPN

By 4 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Ā Oleh: Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang balu anggota polis Melaka yang meninggal dunia ketika bertugas menerima sumbangan daripada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) di Balai Polis Selandar pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din, sumbangan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap jasa anggotanya yang terkorban semasa bertugas.

Normawati Mustafa, 49, berkata dia tidak menyangka akan mendapat sumbangan tersebut namun gembira kerana pengorbanan suaminya mempertahankan negara dihargai.AqzNBSVK1ynBrsDpa3FaJeKnYQzf3WXwDwsUdsYiO9Ty

“Saya bersyukur kerana pihak PDRM tidak mengabaikan kami dan saya telah menerima banyak bantuan sepanjang hampir setahun kematian suami termasuk wang pencen setiap bulan,” ujarnya.

Normawati menerima sumbangan sebanyak RM22,000 setelah suaminya, Allahyarham Koperal Azhar Abu HasanĀ meninggal dunia akibatĀ serangan jantung sewaktu bertugas pada 13 Julai 2015.

“Hasil daripada pampasan yang diterima, saya dan dua orang anak dapat memiliki rumah sendiri dan menjalani kehidupan seharian,” jelasnya lagi.

Seorang lagi anggota yang turut menerima sumbangan ialah Inspektor Nooreffendy Mokhtarudin, 34, yang patah jari kelingking dan jari manis sewaktu bertugas dalam ‘OPS TAPIS’ pada Februari tahun lepas.

TAPPN telah diwujudkan pada 5 Oktober 1984 hasil gabunganĀ Tabung Amanah Kebajikan Perwira Negara dengan Tabung Pertahanan Negara.

DZ

Tinggalkan komen anda