Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurPutrajayaViral

Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Diperjelas KKMM

By 4 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Fauziah Hussain (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Dasar Rasionalisasi Skim Perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia baru-baru ini memberi banyak faedah kepada penjawat Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, transformasi yang dilaksanakan ini merupakan motivasi dalam menyediakan penjawat awamnya ke arah modal insan yang kompeten ke arah merealisasikan wawasan negara.

Kerajaan dalam langkah rasionalisasi bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada kadar RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM).

Menurut Pekeling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 itu juga, pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan kepada gaji permulaan yang baharu menerusi JGMM baharu.

Tambahnya, masa depan kemajuan kerjaya setiap individu bergantung kepada Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Oleh itu, semua Ketua Jabatan dan Pengurus Sumber Manusia di kementerian dan jabatan perlu menjalankan amanah dalam memberi penilaian yang adil kepada pegawai yang diselia oleh mereka.

“Selain memperkemas, pengurusan skim perkhidmatan urusan rasionalisasi ini juga memperluas peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

“Daripada 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud, dimansuhkan dan dikekalkan kerana masih relevan serta menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa 7 April 2016 Pekeliling Perkhidmatan ini sebanyak 240 skim perkhidmatan,” ujarnya lagi.

Beliau ditemui ketika Program Taklimat Human Resource See You (HRCU) peringkat KKMM di sini, semalam.

DK/SF

Tinggalkan komen anda