Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiKedah

Harga Getah Jatuh: 397 Pekebun Kecil, Penoreh Dapat Bantuan

By 12 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mahazir Abu Hassan

BALING, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Menyedari beban yang ditanggung oleh pekebun kecil dan penoreh berikutan kejatuhan harga getah, satu majlis penyampaian sumbangan bantuan diadakan di sini hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Baling ini berlangsung di perkarangan Masjid Al-Ubudiah Kampung Weng dan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim.

Menurut beliau, sumbangan yang diberikan akan diadakan secara berterusan dan bukan hanya waktu pilihanraya tanpa mengira pegangan politik.

Seramai 397 orang dari empat kampung, iaitu Kampung Weng Luar, Kampung Weng Dalam, Kampung Charok Semeliang dan Kampung Seri Ketengga hadir menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda