Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

Ketua Jabatan, Pengurusan Sumber Manusia Perlu Kaji Sistem

By 12 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Eviannie Kin Mei Hoon & Nasrie Tapisil (Sabah)

TUARAN, SABAH, 12 Mei (Malaysiaktif) –? Ketua jabatan dan pengurus sumber manusia diseru memberikan tumpuan kepada usaha transformasi jabatan dengan mengkaji sistem dan mekanisme selaras dengan polisi semasa.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Asnimar Sukardi berkata merugikan jika pengurusan bakat dan sumber manusia yang tidak berkesan menyebabkan penjawat awam gagal memenuhi potensi serta menyumbang kepada produktiviti jabatan.

“Justeru, ketua jabatan, pengurus sumber manusia atau penyelia wajar terus merangka program bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja bagi memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran berkaitan,” katanya.

Asnimar berkata demikian dalam ucapan sempena Seminar Transformasi Pengurusan Bakat Sektor Awam di Kampus INTAN Wilayah Sabah, semalam.

 

Pengarah Wilayah INTAN Sabah, Shamsul Dollah (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Asnimar (kiri) sebagai tanda kenang-kenangan

Pengarah Wilayah INTAN Sabah, Shamsul Dollah (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Asnimar (kiri).

 

Pendekatan ‘Lean but Agile’ sesuai diterapkan dalam jabatan dengan tumpuan kepada penghasilan kerja berimpak tinggi dengan sumber sedia ada,”jelasnya.

Seminar sehari yang bertemakan bertemakan ‘Memacu Perubahan Melalui Pengurusan Sumber Manusia Dinamik dan Efektif’ ini dihadiri  penjawat awam persekutan, negeri dan badan berkanun.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda