Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

JBPM Bina Semula Rumah Terbakar

By 24 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad
JASIN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Seorang mangsa kebakaran yang menyebabkan rumahnya musnah dijilat api pada 12 Mac lepas kini menarik nafas lega apabila terpilih sebagai peserta bertuah Projek Pembinaan Semula Rumah.

Rosinah Manaf, 65, berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan atas usaha untuk membina semula rumahnya. Walaupun rumah yang terletak di Jalan Yunos, Kampung Serkam Pantai itu dijangka siap selepas Aidilfitri, namun ibu tunggal beranak lima itu masih gembira kerana kerja-kerja pembinaan akan dimulakan segera.

IMG-20160524-WA0046

Foto ihsan Facebook Datuk Zaini Atan

Program anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Melaka serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka itu merupakan salah satu usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ketujuh (NBOS7).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Atan, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW) akan membiayai sepenuhnya kos pembinaan rumah sebanyak RM40,000 yang turut melibatkan lapan orang anggota bomba.

“Rumah yang akan dibina ini berkeluasan 30 x 60 kaki di atas tapak asal rumah sedia ada sebelum ini. Kos berkenaan termasuk pendawaian elektrik, pemasangan paip air dan mengecat,” jelasnya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah JBPM Melaka, Nazili Mahmood berkata, rumah berkenaan ialah rumah ketujuh dibina jabatan itu sejak 2013 dan JBPM akan menyiapkan sebanyak dua buah rumah sepanjang tahun ini.

Tambahnya, menerusi projek ini JBPM akan memberikan khidmat di luar bidang kuasa dan kebiasaan apabila membina sebuah rumah sedangkan selama ini peranan bomba adalah untuk memadam kebakaran dan kerja-kerja menyelamat.

“Semua projek NBOS dilaksanakan dengan kadar segera, berimpak tinggi dan faedahnya dirasai sendiri oleh rakyat dengan menggunakan perbelanjaan minimum,” katanya.

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda