Skip to main content
Berita TempatanSabah

Jelajah Sabah 360 Angkat Tema ‘Share The Road’

By 19 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: ?Muhammad Khairul Azad Yunus & James Gimpas (Sabah)

KOTA KINABALU, 19 Mei (Malaysiaktif) –? Kayuhan Basikal Jelajah Sabah 360 anjuran Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah (PVATM) mempromosikan sikap berkongsi dalam kalangan pengguna jalan raya terutama kepada kenderaan kecil.

Menurut Yang Dipertua PVATM Sabah, Zaman Bayang, jelajah yang bertemakan ‘Share The Road’ itu memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya supaya mempunyai sikap berkongsi jalan raya demi keselamatan semua terutamanya kenderaan kecil seperti basikal.

Selain itu, jelajah solo itu juga bertujuan menjalinkan silaturahim antara PVATM dengan semua golongan masyarakat di samping mempromosikan kewujudan PVATM Sabah sebagai sebuah organisasi aktif dengan keahlian 5000 orang.

Pengayuh basikal solo, Kapten (B) Zulkiflie Ibrahim, 46, berkata jelajah tersebut merupakan kesinambungan  jelajah pertamanya dari Kampung Sematan, Lundu, Sarawak ke Simpang Mengayau, Kudat pada 27 April lalu.

“Jelajah ini mewakili komuniti penggemar sukan berbasikal serta mempromosikan laluan jelajah berbasikal di negeri ini.

“Menerusi jelajah ini juga kita ingin membuktikan Veteran ATM sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan khidmat bakti sekiranya diperlukan negara.

“Antara daerah yang akan dilalui ialah Tawau, Kinabatangan, Kalabakan, Sapulut, Ulu Keningau, Sindumin dan Beaufort,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan yang disempurnakan oleh Pengurus Besar, Sabah Tourism Board, Gordon Yapp, pagi tadi.

Beliau yang sudah menetap di Sabah selama 15 tahun turut meramalkan akan berhadapan dengan cabaran bentuk muka bumi sepanjang laluan lebih-lebih lagi ketika musim hujan yang sedang melanda kini.

Jelajah itu menjadikan Kota Marudu sebagai persinggahan pertama sebelum dijangka menamatkan keseluruhan jelajah di Kota Kinabalu pada 3 Jun nanti dengan jarak keseluruhan 1500 kilometer.

 

– SF

Tinggalkan komen anda