Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Jenazah Noriah Selamat Dikebumi 

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Sharman Subramaniam & Noor Sazarina Mohd Noor (Kuala Selangor)

TANJONG KARANG, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Pesawat Charlie C130 TUDM yang membawa Jenazah Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon yang telah tiba Lapangan Udara TUDM, Subang pada 12.20 tengah malam tadi selamat dibawa pulang ke kampung halamannya di Batu 12, Sg Burong pada 1.10 pagi.

Jenazah yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu  terus dibawa ke Masjid Ar Rahmah bersebelahan dengan rumahnya. Sejurus sampai, Solat Jenazah disempurnakan oleh imam masjid.

tiba1Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2, Batu 12, Sungai Burong pada jam 2.00 pagi.

Mayat Noriah ditemui pada 12 tengah hari semalam setelah helikopter menaiki helikopter AS 350/RP-C 6828 yang dinaikinya dari Betong bersama suami dan empat lagi penumpang dilaporkan hilang dari radar semalam.

Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman, bermula malam tadi, Operasi Mencari dan Menyelamat telah dipindahkan ke pusat operasi baharu di Dewan Masyarakat Lingga, Sri Aman sehingga lima lagi penumpang helikopter tersebut ditemui.

DK/SF

 

 

 

 

Tinggalkan komen anda