Skip to main content
Berita TempatanSabah

Karnival Kaamatan KK Semai Semangat Perpaduan

By 14 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: Muniyamma a/p Marapen & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Mei (Malaysiaktif) –? Karnival Kaamatan Peringkat Bandar Raya Kota Kinabalu dianjurkan pada Mei setiap tahun menjadi platfiom terbaik untuk menyemai semangat perpaduan, kebersamaan, kekitaan dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan memuji semangat perpaduan masyakarat Sabah semasa merasmikan Karnival Kaamatan 2016 peringkat Bandar Raya Kota Kinabalu, di Padang Merdeka semalam.

“Selaras dengan tema Pesta Kaamataan tahun ini, “Keamanan dan Persahabatan” rakyat perlu terus mengamal, mempertahankan dan memahami pelbagai kaum, latar belakang, budaya, agama dan etnik di negeri ini.dbkk 4

“Sikap toleransi dan menghormati budaya atau kepercayaan kaum masing-masing menjadi teras keutuhan perpaduan selain kebebasan beragama yang telah menjadi amalan sejak dahulu lagi menjadi keutamaan rakyat di negeri ini” katanya yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA).

Pairin juga turut mengingatkan golongan muda agar terus mempertahankan budaya warisan bangsa.

Beliau memuji usaha berterusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang menganjurkan aktiviti-aktiviti yang mampu menarik minat pelancong untuk terus berkunjung ke bandar raya itu.

Menurutnya, kerajaan akan terus menyokong usaha DBKK untuk memajukan industri pelancongan dan juga visi DBKK iaitu menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang bersih, hijau dan selesa didiami.

Terdahulu Mayor DBKK, Datuk Yeo Boon Hai menyampaikan ucapan penghargaan kepada Execuitive Director YES @ YTL Communication, Dato’ Yeoh Soo Keng sebagai penaja utama karnival Kaamatan pada tahun ini.

SF

Tinggalkan komen anda