Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sarawak: Sembilan Menteri Angkat Sumpah

By 14 Mei 2016Mei 15th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Christi Lemon & Luhat Lihan /Ā Foto: Jaed TepusĀ 

KUCHING, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Sembilan orang menteri telah mengangkat sumpah jawatan bersempena Majlis Angkat Sumpah Menteri Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak yang baharu di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Angkat sumpah diketuai Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Sementara itu, Tan Sri Dr James Jemut Masing mengangkat sumpah sebagaiĀ Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan.Foto 5 Abang Johari menerima watikah perlantikan

Manakala Datuk Amar Abang Johari Openg memegang portfolio Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perumahan dan Ubanisasi juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.

Turut mengangkat sumpah Datuk Sri Wong Soon Koh (Menteri Kewangan II), Datuk Sri Michael Manyin (Menteri Belia, Sukan dan Solidariti), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Menteri Perancangan Sumber dan Alam II dan Menteri Perindustrian, Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Fatimah Abdullah (Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat), Datuk Dr Stephen Rundi (Menteri Kemudahan Awam) dan Datuk Profesor Dr. Sim Kui Hian (Menteri Kerajaan Tempatan).

Kesemua mereka dilantik setelah memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) ke-11 pada 7 Mei lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang juga Menteri Kewangan dan MenteriĀ  Perancangan Sumber danĀ  Alam Sekitar yang turut hadirĀ telah mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 7 MeiĀ lalu.

Majlis angkat sumpah telah dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada PRN ke-11 lalu , BNlĀ  telah memenangi 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan untuk membolehkan kerajaan negeri baharu dibentuk.

SF

Tinggalkan komen anda