
Oleh Ashraf Ahmad
BANGI, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Mahasiswa diingatkan supaya benar-benar memahami perlembagaan.
Dalam membuat saranan ini, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim seterusnya berkata mereka yang berjaya perlu ada pengetahuan tentang undang-undang kerana setiap perkara dalam kehidupan seharian berlandaskan undang-undang.
Beliau menekankan perkara berhubung kebebasan bersuara yang dibolehkan dalam perlembagaan, tetapi mengikut garis peraturan yang dibenarkan. Selain itu, agama Islam merupakan agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Razali beliau berucap semasa Majlis Perasmian Pelancaran Razali Student Lounge di Auditorium Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.
Razali Student Lounge merupakan ruang santai untuk belajar dan bersosial buat mahasiswa Fakulti Undang-undang UKM dan juga sebuah medium bagi menjalinkan kesepaduan antara mahasiswa.