Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Manjadda Wajada Tarik Minat Mendalami Al-Quran

By 20 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh :  Mahazir Abu Hassan

Juru Foto Zainaudin Ab Hamid

 

BALING, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Sesiapa yang berusaha, akan mendapat apa yang di usahakan, itulah maksud “Manjadda Wajada”bersesuaian dengan Majlis Pelancaran Manjadda Wajada Hafazan dan Tilawah Al-Quran yang telah disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bayu, Datuk Azmi Che Husain bertempat di Surau Kampung Bendang padang semalam.

Manjadda 5

Berucap semasa merasmikan Majlis Pelancaran ini Dato’Azmi bin Che Husain berkata, Langkah beliau mewujudkan Unit Dakwah Sukarelawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu ini tidak sia-sia, kerana unit ini berjaya menjalankan program-program yang  bermakna dan murni   menghimpunkan tokoh-tokoh dalam bidang keagamaan untuk memperkasakan Al-Quran.

Manjadda 6

“Katanya lagi, Program sebegini harus diteruskan dalam usaha untuk mendedahkan orang ramai kepada ilmu Al-Quran yang menjadi pendinding dari bencana dan sebagai  satu usaha dakwah kepada masyarakat.

Manjadda 1

Guru Kelas Agama Dewasa Ustazah Salihah binti Ahmad 53, berkata, tujuan program Manjadda Wajada hafazan dan Tilawah Al-Quran ini diadakan ialah untuk memperkenalkan cara bacaan dengan sebutan huruf-huruf hijaiyah yang betul sehingga boleh membaca secara menghafal juzuk-juzuk yang tertinggi seperti Surah Al Waqiah, Surau Arahman , Surah Almulk dan Kelas Dewasa ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat.

Manjadda 3

Turut diadakan pada Majlis Pelancaran ini ialah persembahan Johan-johan Hafazan dari kampung-kampung yang mengadakan Kelas Agama Dewasa terdiri dari Qariah-qariah yang berusia 50 hingga 78 tahun.

Manjadda 7

Unit Dakwah Sukarelawan DUN Bayu telah mengadakan Kelas Agama Dewasa di sembilan buah Surau terpilih di DUN Bayu iaitu, Surau Kampung Iboi, Surau Kampung Bendang Padang, Surau Kampung Charuk Kapas, Surau Kampung Bukit Hijau, Surau Kampung Tanjung Nering, Surau Kampung Bok Bak, Surau Kampung Teluk Petata, Surau Kampung Charuk Putih, Surau FELCRA Weng, serta Surau Kampung Pak Bong dan Program Manjadda Wajada ini menghimpunkan semua peserta-peserta Kelas Agama Dewasa dalam satu majlis.

Tinggalkan komen anda