Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Ke-11, Kadar Kemalangan Tertinggi Seluruh Negara

By 15 Mei 2016Mei 17th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hj Mohd Noor bin Samion

MELAKA, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, Kerajaan Negeri akan sentiasa menyediakan kemudahan asas yang terbaik, terutama jalanraya untuk mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalanraya.

“Statistik menunjukkan bahawa negeri Melaka menduduki tempat yang ke-11 daripada 14 negeri dengan kadar kemalangan yang tinggi,” ujar Idris.

Tambahnya, beliau sendiri mempunyai pengalaman terlibat dalam kemalangan akibat daripada kecuaian diri sendiri lama dahulu dan beliau menasihati kepada Generasi Y agar tidak menyalahkan orang lain sekiranya berlaku kemalangan tetapi hendaklah muhasabah diri.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalanraya (MKJR) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Dewan Undangan Negeri Sungai Udang di Balairaya JKKK DUN Sungai Udang, pada Ahad.

Beberapa aktiviti lain turut diadakan semepena majlis tersebut, termasuk pameran agensi kerajaan, Pertunjukan Pocket-Bike, serta Ceramah Perpaduan oleh Jabatan Penerangan Melaka dan Keselamatan Jalanraya oleh MKJR Melaka.

Pengunjung, Ismail Ahmad, 63, berkata program ini merupakan satu platform terbaik bagi menemukan pemimpin bersama rakyat di samping memudahkan rakyat memperoleh maklumat dengan adanya pameran yang dibuat oleh agensi.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda