Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Pengiktirafan Rasmi Untuk 11 Inap Desa Pelancongan Di Sedim

By 21 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Sarah Nur Saad / Foto oleh Khairul Farhan

KULIM, 21 Mei (Malaysia Aktif ) – Sejumlah 11 buah rumah di Sedim pada Khamis dinaiktarafkan sebagai inap desa bersempena Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Jom Visit My Kampung oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan ( MOTAC ) Kedah.

Menurut Pengarah MOTAC Kedah, Anuar Abd Razak, 11 buah rumah ini diiktiraf kerana telah memenuhi kriteria yang digariskan oleh kementerian.

 

IMG-20160521-WA0002

Anwar berkata, keistimewaan yang diberikan kepada kesemua inap desa yang pemiliknya memenuhi kriteria MOTAC adalah mereka diberikan latihan setelah melepasi saringan penting, seperti saringan keselamatan dan kesihatan oleh panel yang dilantik oleh kementerian.

Tambah beliau lagi, premis yang terpilih turut dipromosikan bukan sahaja di dalam negara malah ke luar negara juga.

Malaysiaaktif mendapatkan pandangan daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, Amrul Hidayat Sahabudin yang turut menyokong program yang dianjurkan sebegini ekoran kesan positif kepada penduduk, khususnya dalam pelancongan dan pengusahaan desa.

Seorang pengusaha inap desa, Norzakiah Zakaria, 48, melihat program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan sumber pendapatan di samping membantu mempromosikan kampung berkenaan.

Norzakiah turut menyatakan idea asal inap desa yang beliau usahakan bermula sebagai sebuah bilik stor yang kemudian ditambah kemudahan bilik air dan ruang keseluruhan mampu memuatkan dua orang.

Sempena majlis ini,, seramai 20 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil diambil sebagai anak angkat kepada 11 buah inap desa terbabit.

Kesemua pelajar berkampung dan mengikuti aktiviti yang dirancang selama tiga hari dua malam bermula semalam.

Pelajar Pengurusan Pelancongan Kolej Universiti Insaniah, Navamaler Rajan, 22, menyatakan ini kali kedua beliau mengikuti program seumpama itu bersama MOTAC Kedah.

 

-AH/AAS

Tinggalkan komen anda