Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Alat Penyejuk Udara untuk 35 Masjid Di Kepala Batas

By 21 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhayani Hashim & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak 35 masjid di sini semalam menerima sumbangan alat penyejuk udara untuk keselesaan jemaah.

Alat yang disumbangkan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu disampaikan sendiri olehnya dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Jawatankuasa Masjid Dalam Parlimen Kepala Batas di Masjid Lahar Tabot, Penaga.

Sementara itu, dalam usaha kerajaan membantu golongan yang memerlukan, Reezal memaklumkan perancangan untuk mendapatkan maklumat tentang anak-anak khariah yang memerlukan bantuan supaya nasib mereka sentiasa terbela.

Reezal yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas turut menyatakan perancangan untuk membentuk Majlis Permuafakatan Masjid di Kepala Batas bagi menjalin hubungan akrab bersama jawatankuasa masjid-masjid dalam seluruh kawasan parlimen berkenaan.

Dalam majlis yang sama, Reezal mengumumkan kelulusan untuk membina masjid Taman Seri Serdang. Projek pembinaan masjid akan bermula pada awal Disember ini.

Menurut beliau lagi, dengan terbinanya masjid itu akan menjadikan jumlah masjid di seluruh Kepala Batas sebanyak 36 buah.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda