Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Dr Rani ADUN Meru, Calon PAS PRK P093 Sungai Besar

By 27 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan/Foto: Mohd Zaid Awang

SUNGAI BESAR 27 Mei (Malaysiaaktif) – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Meru, Dr.Abdul Rani Osman sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.093 Sungai Besar,

Mengumumkan demikian di Markas PAS Simpang Lima di sini malam ini, Abdul Hadi berkata berikutan perjumpaan wakil PAS bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali , parti tersebut memutuskan untuk bertanding.

Abdul Rani yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan daripada Universiti Tanta, Mesir menewaskan calon daripada Barisan Nasional Sukaiman Ahmad dengan majoriti 9,079 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PRK Parlimen Sungai Besar akan diadakan pada 18 Jun ini dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda