Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pegawai Khas dan Pusat Tuisyen Khas untuk Masyarakat India – Budiman

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh A.Prabagaran (Klang)

SUNGAI BESAR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Jika menang, calon Barisan Nasional (BN) P093 Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi, 44 berjanji akan melantik seorang pegawai khas dalam kalangan masyarakat India serta menyediakan Pusat Tuisyen Khas bagi menaik taraf pendidikan masyarakat India di sini.

Demikian janji Budiman semasa menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Pemilih India anjuran Kongres India Se-Malaysia (MIC) Bahagian Sungai Besar di Sekinchan malam tadi.

“Walaupun pemilih India di Sungai Besar tidak melebihi 1,000 orang, namun sokongan penuh amat diperlukan dan diharap pemilih India akan terus bersama BN,” katanya yang merupakan anak tempatan di kawasan tersebut.

Pada Pilihan Raya Kecil kali ini, BN mempertaruhkan ADUN Sungai Panjang iaitu Budiman Mohd Zohdi, manakala calon PAS, Dr. Abdul  Rani Osman sementara Parti Amanah Negara dijangka akan mengumumkan calonnya pada 1 Jun nanti.

Turut hadir Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam.

 

-DK/SF

Tinggalkan komen anda