Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PenBEX 2016 Terap Minda Keusahawanan

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Jamil Zainul (Tasek Gelugor)

TASEK GELUGOR, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Usahawan berpotensi untuk pasaran dalam dan luar negara boleh dikenalpasti melalui platform seperti Expo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang (PenBEX).

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PenBEX merupakan satu program titik sentuhan yang berperanan dalam mendekatkan kerajaan dengan rakyat.

Tambahnya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar (2016-2020) dengan tema “Membandarkan Luar Bandar” yang bertujuan untuk memajukan masyarakat luar bandar melalui perubahan sikap, pemikiran, peningkatan ilmu dan kemahiran.

PenBEX boleh menjadi laluan komersial bagi produk dan perkhidmatan luar bandar dengan memberikan keutamaan kepada aktiviti padanan perniagaan dan perluasan jaringan perniagaan, seterusnya meningkatkan peluang pasaran produk serta perkhidmatan luar bandar.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian PenBEX sempena Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2016 di Dataran Transformasi Usahawan, Kubang Menerong, di sini semalam.

WhatsApp-Image-20160529

Melibatkan kolaborasi strategik antara Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang, Majlis Amanah Rakyat (Mara) Pulau Pinang dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), PenBEX 2016 yang berlangsung dari 28 Mei hingga 4 Jun ini turut meraikan sambutan 50 tahun Mara.

Minggu PKS yang sedang berlangsung di seluruh Malaysia bermula dari 23 Mei hingga 8 Jun 2016 turut mengambil tempat di PenBEX.

 

– AH

Tinggalkan komen anda