Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pemilikan Rumah: Harapan dan Realiti

By 14 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Malaysiaaktif) – “Kerajaan berusaha dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan pemilikan rumah menjadi kenyataan atas sebab rumah adalah keperluan asas yang diperlukan oleh setiap individu”.

Demikian menurut Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Rizalman Datuk Mokhtar ketika merasmikan Program Dialog Setempat di Dataran Kamara, Kampung Malaysia Raya Bandar Tun Razak, semalam.

Membincang isu ‘Pemilikan Rumah di Kuala Lumpur : Antara Harapan dan Realiti’, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan  Masyarakat (PKPM) Ibu Pejabat Jabatan Penerangan, K. Balakrishnan berkata, “Dialog Setempat peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) ini menjadi medan penduduk setempat mengemukakan masalah untuk diselesaikan”.

Harapan beliau supaya penduduk mendapat penjelasan dan pemahaman berkaitan isu yang dipilih bagi memastikan penyampaian perkhidmatan di peringkat kerajaan tempatan dapat dipertingkatkan.

Lebih 300 penduduk hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan masalah setempat, luahan rasa hati dan harapan penduduk terhadap kerajaan. Isu yang diketengahkan penduduk akan dikenal pasti oleh agensi kerajaan berkaitan dan diambil tindakan.

Dua panel jemputan terdiri daripada Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perumahan Negara, Rohani Omar dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL, Razailia Khalid. Forum ini dikendalikan oleh moderator dari Jabatan Penerangan Selangor, Khairul Anuar Saimon.

Turut hadir Pengarah Penerangan WPKL,  Mohd Taib Ubah dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Malaysia Raya, Zainuddin Amran.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda