Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Penting ESQ Bagi Tingkat Prestasi, Produktiviti – Zahid

By 14 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain / Foto : Fariz Faizal Mohd Nazri

PUTRAJAYA, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tentang kepentingan ‘Emotional Spiritual Quotients (ESQ)’ bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja sesebuah Organisasi.

Beliau yang merasmikan Konvensyen dan Pentauliahan AKRAB Kebangsaan kali ke-7 di Auditorium Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya berkata, “Ahli AKRAB telah menggunakan pendekatan ESQ ini ketika mengaplikasikan aktiviti membantu dan membimbing rakan sekerja bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan persekitaran yang kondusif”.

Beliau juga selaku Penaung Kehormat AKRAB turut mengumumkan sumbangan dana bernilai RM500 ribu kepada Majlis Amanah Kebangsaan (MAK) bagi memperkasa program pembangunan AKRAB.

“Pendekatan psikologi yang digunakan AKRAB perlu berkesinambungan kepada masyarakat, bukan sekadar di jabatan dan agensi. Kesungguhan ahli AKRAB membantu aktiviti kaunseling tanpa had masa dan tempat perlu dihargai, seiring peluang kerjaya dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan,” ujar beliau

Sempena majlis, Ahmad Zahid turut merasmikan Pelan Strategi AKRAB 2016-2010 dan menyampaikan sijil pentauliahan kepada 78 ahli AKRAB dan Anugerah Dwi Tahunan kategori Individu dan Organisasi. Empat anugerah kategori Individu terdiri daripada AKRAB Potensi, Proaktif, Bestari dan AKRAB Utama, manakala empat kategori Organisasi ialah Organisasi Harapan, AKRAB Inovatif, Dinamik dan Gemilang.

Turut hadir Ketua Setiausaha KDN,  Datuk Seri Alwi Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Operasi, Datuk Raihan Sharif, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Datuk Dr. Abd. Halim Mohd Hussin dan Presiden MAK, Pauzan Ahmar.

Konvensyen dan Majlis Pentauliahan AKRAB Kebangsaan kali ke-7 berlangsung selama dua hari sejak kelmarin adalah anjuran bersama MAK, KDN dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda