Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Semarak K1M Dedah Fungsi Agensi Kerajaan

By 24 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Md. Zabata Ibrahim (Geoge Town)

GEORGE TOWN, 24 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 300 pengunjung memeriahkan program Semarak Komuniti 1Malaysia (K1M) di Padang Awam Taman Farlim di sini Ahad lepas.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut dengan kerjasama 22 K1M Daerah Timur Laut ini mendapat sambutan menggalakkan daripada agensi kerajaan dan swasta yang menyertai program ini sebagai peserta pameran.

WhatsApp-Image-20160523

Sebanyak 10 agensi kerajaan telah terlibat, antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Jabatan Kesihatan, manakala pihak swasta pula terdiri daripada syarikat insurans dan barangan kecantikan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim, dalam ucapan perasmian berkata, program seperti ini harus diteruskan dan diperbanyak supaya rakyat tahu akan fungsi agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Pada program yang sama, turut diadakan majlis penyampaian hadiah untuk sukan rakyat dan pertandingan mewarna Tadika KEMAS.

WhatsApp-Image-20160523 (2)

– AH/SF

Tinggalkan komen anda