Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[TERKINI] Operasi SAR diteruskan di Lingga

By 6 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Mohd Borhan Ahmad Ulis / Foto: Saiful Rahman Sabri

SEBUYAU, 6 Mei (Malaysiaaktif)- Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi tragedi kemalangan helikopter AS350/RP-C 6828 di tebingan feri Sebuyau-Triso telah ditamatkan pada 8.00 malam tadi.

Operasi tersebut akan dipindahkan ke Dewan Masyarakat Lingga, Sri Aman dan terus digerakkan pada malam ini juga sehingga kelima-lima mangsa lain ditemui.

Demikian kata Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Othman Sulaiman ketika ditemui di tapak operasi, sebentar tadi.

Beliau berkata pemindahan tapak operasi kerana kawasan pencarian nahas akan diperluas sejauh empat hingga lima kilometer di sepanjang muara Sungai Batang Lupar.

“Kita berpindah ke Lingga kerana kemudahan yang lengkap dan mencukupi serta kemudahan akses kepada sungai yang berhampiran,” kata Othman.

Tambahnya, pasukan SAR akan mengambil peluang dengan keadaan air yang akan surut pada malam nanti dan pihaknya juga akan bekerjasama dengan penduduk kampung di Lingga kelak.

“Kita akan menjalankan operasi secara berpasangan pada malam nanti dan usaha akan diteruskan sehingga awal pagi,” ujar Othman.

Operasi akan dijalankan dengan sistematik selaras dengan arahan daripada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Aziz.

Helikopter yang membawa rombongan Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti, Datuk Noriah Kasnon serta suaminya, Asmuni Abdullah bersama-sama Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, pengawal peribadi menteri, Ahmad Sobri Haron dan juruterbang, Rundolf Rex Ragas tidak dapat dikesan sejak petang semalam setelah berlepas dari Betong.

Jenazah Allahyarhamah Datuk Noriah Kasnon telah dijumpai pada pukul 12 tengah hari tadi tidak jauh dari tapak operasi dan kelima-lima mangsa lain masih belum dijumpai.

 

Tinggalkan komen anda