Oleh Diyana Zamri & Asmidar Zainol
KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Suasana sayu menyambut ketibaan jenazah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon tiba di Surau Pengkalan Udara, Tentera Udara Di Raja Malaysia (PDRM), Kuching, tadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek antara yang menyambut jenazah Noriah, tadi.
Jenazah akan disembahyangkan terlebih dahulu sebelum diterbangkan ke Subang dengan pesawat C130 Hercules pada 9.28 malam.
Jenazah Noriah merangkap Ahli Parlimen Sungai Besar itu dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pada pukul 12:00 tengah malam dalam penerbangan yang mengambil masa kira-kira dua jam setengah itu.
Turut hadir menghantar jenazah, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.