Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

‘Tok Janggut Akan Kami Perjuangkan Untuk Melaka’

By 9 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 9 Mei  (Malaysiaaktif) – Kumpulan Anak Soleh Malaysia yang memenangi Johan Pertandingan Pengisahan Peringkat Negeri Melaka 2016 nekad untuk mengekalkan Tok Janggut sebagai sumber inspirasi untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan bagi mewakili negeri.

Peserta, Salman Al Farisi, 42, berkata beliau bersama dua rakan sekumpulannya, Azizan Halid, 41 dan Mohamad Amin Isa, 33, memilih Tok Janggut kerana kisah unik yang dapat menjadi penyuntik semangat kepada seluruh belia untuk terus berjuang menjaga negara.

“Kami tidak menyangka menjadi johan kerana kami hanya lakukan yang terbaik dan persembahkan kepada hadirin untuk kami ceritakan susah payah perjuangan Tok Janggut untuk mendapat kemerdekaan namun rezeki menyebelahi kami,” jelas Salman kepada Malaysiaaktif selepas majlis.

 

20160507020818

 

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Wira Hj Md Yunos Husin berkata program sebegini perlu diteruskan, dikembangkan serta ditunjukkan kepada masyarakat supaya bukan sahaja mereka tertarik dengan persembahan, tetapi juga kandungan yang disampaikan.

Beliau  yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Molek menawarkan Jabatan Penerangan Melaka untuk membuat lagi program seperti ini di kawasan beliau sementara menunggu berlangsungnya Peringkat Kebangsaan pada September.

Sejumlah enam kumpulan layak ke peringkat akhir Pertandingan Pengisahan yang diadakan  di Institut Perguruan Perempuan Melayu Kampus Durian Daun pada Sabtu lepas.

Johan menerima wang tunai RM3,000, Naib Johan yang menerima RM2,000 dimenangi oleh kumpulan Warisan Kasih dari Universiti Kolej Agrosains Melaka (UCAM) dengan  persembahan tentang perjuangan Tan Sri Dr. Aishah Ghani, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Armada Jiwa yang juga daripada UCAM dengan pengisahan tentang Tun Ghaffar Baba. Mereka menerima RM1,000 dan hadiah saguhati RM500 berserta sijil dan piala.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda