Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Melaka Bersedia Untuk Bulan Mulia Dengan Karnival Ramadan

By 9 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nur Hafif Zainurdin & Noraidah Mat Seh

ALOR GAJAH, 9 Mei (Malaysiaaktif)  — Menjelang bulan puasa tidak lama lagi, Karnival Ambang Ramadhan Peringkat Negeri Melaka telah dilancarkan bermula 5 Mei sehingga 8 Mei 2016 di Masjid Ar Rasyidin Alor Gajah.

“Karnival ini bertujuan meuar-uarkan tentang kehadiran Ramadhan, persediaan, perancangan membantu golongan yang memerlukan serta merebut peluang mempertingkatkan amal secara istiqamah, selain mengelakkan pembaziran,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kawasan Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin.

Tambahnya lagi, hadirin, terutama penjawat awam perlu mendidik diri agar sentiasa menghargai masa atau bersikap sambil lewa kerana berpuasa bukan alasan untuk menunjukkan mutu kerja berkurangan, sebaliknya ia perlu lebih optimum demi mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda jika dilakukan secara ikhlas.

Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang Ramadan, antaranya Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai, Sumbangan Ramadhan dan Aidilfitri kepada golongan yang memerlukan, dan majlis berbuka puasa di masjid-masjid di bawah pentadbiran kerajaan.

Selain itu, kaunter pembayaran zakat juga akan dibuka bagi memudahkan masyarakat membayar zakat fitrah, penganjuran kuliah keagamaan dan banyak lagi aktiviti.

Karnival Ambang Ramadan Peringkat Negeri Melaka yang berlangsung pada Sabtu lepas turut dihadiri oleh ADUN Tanjung Bidara, Datuk Md Rawi Mahmud; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Mohd Saleh Ismail dan masyarakat setempat dianggarkan seramai seribu orang.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda