Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

?Aisyah Gembira Jumpa PM – Nur Aisyah

By 10 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mohd Zaid Awang
 
SUNGAI BESAR, 10 Jun (Malaysiaaktif) – ‘Gembira’ itulah perkataan yang diluahkan oleh adik Nur Aisyah Sahrin, 13 ketika ditanya wartawan selepas berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib di Masjid Al Mukmin, Tali Air 12 Sungai Nibong di sini malam tadi.
 
Menurut Aisyah, PM berjanji untuk menyumbangkan alat muzik dram yang sangat diimpikannya.
 
“Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya  kepada Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana telah banyak menyumbang  kepada saya, terima kasih banyak-banyak,” kata Aisyah yang merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap.
 
Aisyah putus kedua-dua kaki di bawah paras lutut selepas digilis sebuah lori dalam satu kemalangan di Parit 16, Sungai Panjang pada 18 Januari lalu.
 
Sementara itu, bapa tirinya, Roslan Sardi, 41 berkata anaknya telah menyatakan untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak dikenalinya (PM) kerana telah menghulurkan sumbangan dan mengambil berat tentang dirinya.
 
“Dia terharu dan teringin sangat berjumpa dengan orang tersebut,” jelas Roslan.
 
Tambahnya, kaki Aisyah telah pulih sepenuhnya namun anak tirinya itu perlu dijaga tentang balutan kaki agar tidak dijangkiti kuman dan memastikan sentiasa sihat.
 
Ketika ditanya tentang perwatakan PM, Roslan menyatakan Datuk Seri Najib merupakan seorang yang tabah, cekal dan tahan diuji.
 
Roslan juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah banyak menghulurkan sumbangan kepada Aisyah khasnya kepada jabatan serta PM yang membolehkan mereka sekeluarga dapat menjaga Aisyah dengan sempurna. 
 
SF

Tinggalkan komen anda