Skip to main content
Berita TempatanKelantan

13 Keluarga Sambut Aidilfitri di Rumah Baharu

By 20 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Nor Fadzlina Ahmad Fadzli (Gua Musang)

GUA MUSANG, 20 Jun (Malaysiaktif) – Selama dua tahun tinggal di bangsal dan khemah binaan sendiri  kini 13 keluarga dapat menyambut Aidilfitri  lebih meriah setelah menerima Rumah Kekal Banjir (RKB) di Felda Aring 2.

Bagi penghulu Felda Aring Dua, Abdullah Sani, 60, pemberian rumah ini sangat mengujakanya dan tidak sabar untuk mendiami rumah baharu.

“Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan  kerana berjaya menyelesaikan masalah penduduk Kampung Aring 2 ekoran daripada banjir pada penghujung 2014”.rumah3

“Walaupun terdapat pelbagai kekangan, akhirnya RKB ini dapat diselesaikan juga,” katanya ketika Majlis Penyerahan Rumah Kekal Baharu mangsa banjir oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sementara itu, Ketua Pengarah Nadma Malaysia, Datuk Zaiton Ab Samad  berkata, projek ini merupakan projek yang paling cepat dibina iaitu selama 75 hari.

“Bantuan NADMA tidak mengira fahaman politik dan bangsa, semua diberi sama rata jika berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan,” tegas beliau.

Antaraa kekangan yang dihadapi dalam menyiapkan projek RKB ini ialah masalah pemilikan tanah. Mangsa tidak mempunyai tanah sendiri.

RKB Felda Aring 2 ini dapat disiapkan dengan cepat kerana tanah tapak projek telah diberikan oleh pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), maka dengan ini mengurangkan tempoh birokrasi dan dokumentasi.

 

-SH

Tinggalkan komen anda