Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Bubur Lambok Jadi Buruan Ramai

By 20 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur (Bayan Baru) & Salawati Mat Shariff (Kepala Batas)

PULAU PINANG, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Saban tahun, acara memasak bubur lambuk secara gotong-royong telah menjadi satu kemestian bagi kebanyakan masjid di tanah air.

Kebiasaannya, bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk disediakan lebih awal iaitu selepas menunaikan solat tarawih. Proses memasak bubur lambuk yang mengambil masa hampir 5 jam akan dimulakan keesokan harinya.


WhatsApp-Image-20160611 (1)

Di Masjid Jamek, Bayan Baru, Jawatankuasa Kariahnya memasak dua buah periuk besar bubur lambok bermula dari pukul 9 pagi setiap hari, sebelum diedarkan selapas solat asar.

Edaran bubur lambok sebanyak 700 hingga 800 bungkus kepada orang ramai ini, kebiasaannya akan habis satu jam kemudian.

WhatsApp-Image-20160611 (2)

Menurut seorang penduduk setempat, Mohd Nizam Pawanchik, 42, dia amat menggemari bubur lambok di situ dan tidak melepaskan peluang untuk mengambilnya hampir setiap petang.

Tambah Nizam, dia sanggup beratur panjang demi mendapatkan juadah istimewa itu untuk berbuka puasa bersama keluarga.

WhatsApp-Image-20160617 (3)

Sementara itu, orang ramai turut tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan bubur lambuk yang disediakan oleh Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal Pajak Song, Kepala Batas.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia Pajak Song, Roslan Darus, setiap hari sebanyak 24 kilogram beras digunakan.

Tambah Roslan, menariknya bubur lambuk pada tahun ini adalah menggunakan beras daripada sumbangan orang ramai semasa kempen ‘1 Keluarga Sekampit Beras’ beberapa minggu yang lalu.

WhatsApp-Image-20160617 (2)

 

– AH

Tinggalkan komen anda