Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

200 Belia  Gen -Y Sertai Kayuhan #Sehati Sejiwa

By 9 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Normah Sapa’in / Rozenariah Mahat (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 9 Jun (Malaysiaktif) – Kira –kira 200 belia generasi Y (Gen Y)  berbasikal bagi memeriahkan sambutan program kayuhan #Sehati Sejiwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas sejauh 10 kilometer dari Balai DUN Kok Lanas sehingga Dataran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kok Lanas pada 31 Meri lalu.

Pengerusi KADA yang juga Ahli DEwan Undangan Negeri Kawasan Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata kayuhan tersebut yang julung kali diadakan di sini mampu menarik minat golongan generasi Y untuk mengambil bahagian.

“Melalui program ini generasi Y dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat serta mampu mengurangkan penglibatan mereka dalam kegiatan yang tidak berfaedah.

KAYUH4

“Selain itu, acara ini menjadi satu platform untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama generasi Y,” katanya kepada Malaysiaaktif.

Salah seorang peserta, Muhammad Aizat Rahim, 19, berkata, program seumpama ini yang diingini oleh generasi Y untuk bersama-sama pemimpin serta berkongsi pendapat.

 

KAYUH5

 

Peserta kayuhan diberi penghargaan dengan penyerahan watikah perlantikan Rakan Belia IT DUN Kok Lanas yang disampaikan oleh Md Alwi. Antara aktiviti lain yang dijalankan termasuk  dikir barat, persembahan STOMPERS, iaitu persembahan muzik yang menggunakan alatan terbuang dan acara peragaan pakaian pendekar.

Program ini anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu, KADA, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu, dan Komuniti 1Malaysia DUN Kok Lanas.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda