Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

598 Anggota Polis Mengundi 14 Jun-SPR

By 12 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

PUTRAJAYA, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 598 Anggota Polis akan terlibat dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 14 Jun ini.

Demikian kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam siaran medianya hari ini.

Tambahnya, seramai 312 Anggota Polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing akan turun mengundi di Kuala Kangsar manakala 286 pula akan melakukan pengundian awal di Sungai Besar.

“Proses Pengundian Awal akan dijalankan mengikut kaedah pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR dan dakwat pilihan raya akan digunakan sehingga 5.00 petang,” ujarnya lagi.

Kertas undi hanya akan dikira pada hari pengundian sebenar pada 18 Jun depan.

Sementara itu, di Sungai Besar melibatkan pertandingan tiga penjuru manakala di Kuala Kangsar melibatkan empat penjuru.

PRK kali ini dijalankan bagi mencari pengganti Tan Sri Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas heli di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lalu.

AAS

Tinggalkan komen anda