Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

PRK Kuala Kangsar – PRK Terbaik Setakat Ini

By 12 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Mohd Basyhar (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Bertepatan dengan gelaran Bandar Diraja, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar yang telah memasuki hari ketujuh hari ini berjaya mengekalkan suasana aman.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, PRK Kuala Kangsar pada kali ini merupakan PRK yang terbaik setakat ini.

“Telah sampai ke tahap kematangan politik di Malaysia, dan ini harus dipertahankan semua parti politik. Kita tidak memprovokasi jentera kita untuk melakukan sesuatu tindakan yang di luar tata etika Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum.

“Saya harap bukan hanya sekadar pematuhan terhadap akta SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), Kanun Keseksaan ataupun akta polis, tetapi lebih daripada itu ialah hati dan nurani mesti menghormati secara matang sistem demokrasi yang berjalan dengan baik di Malaysia,” ujar Zahid dalam satu sidang media selepas lawatannya ke Markas Taktikal (Martek) polis bagi PRK Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, tiada insiden-insiden yang menarik perhatian keselamatan berlaku semenjak hari penamaan calon.

Setakat ini, terdapat 11 rekod telah diterima pihak polis dan lima kertas siasatan telah dibuka di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 143, 427, 500, 506 dan Seksyen 232 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Mengulas mengenai kempen PRK Kuala Kangsar yang telah memasuki penggal pertengahan, Zahid yakin pengundi-pengundi di Kuala Kangsar, terutamanya pengundi Barisan Nasional (BN) akan terus memberikan kepercayaan kepada calon BN.

“Insya-Allah setakat 1,082 majoriti, kita akan usahakan lebih daripada itu. Dulu terdapat kira-kira 2,600 ahli-ahli UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) yang memegang jawatan di peringkat bahagian dan cawangan-cawangan yang tidak keluar mengundi. Kita harap jumlah itu tidak akan berlaku lagi dan kali ini mereka akan keluar mengundi untuk memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional,” jelas Zahid.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda