Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PRK Sg. Besar: Pesta Siapa Tunggang Siapa -Shabery

By 12 Jun 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 12 Jun (Malaysiaaktif) – Perkara yang menarik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini tidak kira di Sungai Besar atau di Kuala Kangsar bukan lagi soal politik tetapi lebih kepada pesta siapa tunggang siapa.

Demikian kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam sidang media yang berlangsung di Hotel Komplit di sini tengah hari tadi.

Beliau merujuk kepada kehadiran Tun Mahathir (Tun M) bersama Lim Kit Siang berkempen untuk parti Amanah di Sungai Besar yang dilihat sebagai mempunyai matlamat masing-masing.

“Lim Kit Siang ada matlamat DAP sendiri. Dia tak pernah ada kasih kepada PAS atau Mat Sabu dan pemimpin PAN. Kit Siang kalau bersendirian tak ke mana-mana. Mereka perlukan kuda. Sekarang pemimpin PAN dapat kuda baharu iaitu Tun M.

“Tun M sendiri kalau dulu ada BN, sekarang setelah isytihar tidak lagi bersama Umno, BN, Tun juga gagal menarik sebahagian besar orangnya. Apabila berseorangan dia perlukan kuda tua seperti Kit Siang dan kuda-kuda yang patah kaki seperti PAN,” kata Shabery.

Shabery turut menggambarkan penerimaan PAN kepada sokongan Tun M sebagai persetujuan kepada tindakan Tun M terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

“Orang-orang yang menyertai PAN ialah golongan paling lantang dan paling banyak memaki. Tun M paling terkesan dulu, namun hari ini Tun bersama mereka. Implikasinya, tuduhan kepada rasuah, tuduhan ke atas anak-anak yang dijaja pemimpin mereka dulu iaitu Anwar Ibrahim diakui benar kini.

“Tun bersama pakatan Harapan, bersama dengan Lim Kit Siang bermaksud dia telah memberi signal kepada PKR bahawa kalau PKR terima Tun, pasti mereka terima tohmahan serta hukuman Tun M kepada Anwar tentang persengketaan politik pada 1998 sehingga pemecatan Anwar sebagai TPM.

“Tun M waktu itu telah jana konspirasi kepada pemimpin kesayangan mereka. Kalau kini mereka bersama maksudnya memang benar. Orang PKR sendiri mula mengakui tindakan Tun M kepada Anwar adalah benar,” ujar Shabery lagi.

Sementara itu, Shabery turut menjawab persoalan rungutan berkenaan bayaran ke atas petani setelah langkah pemutuan padi diambil.

“Kita kena sedar bahawa naik turun tanaman ialah perkara biasa jumlah potongan lebih tinggi. Kita sedar perkara ini akan menjejaskan pendapatan petani tidak kira di Sungai Besar atau Sekinchan. Berapa ramai yang benar-benar terlibat? 17% naik kepada 20%. Kami akan pastikan ada had supaya pemotongan tidak bertambah.

“Apabila kita buat kajian lebih 20%, jumlahnya satu hingga dua peratus sahaja. yang lain sekitar 19%.

“Pemotongan boleh menjejaskan sebanyak RM12 per metrik tan. Kalau hasilkan 10 tan pasti terjejas RM120.  RM100 ke RM200 pastinya cukup menjejaskan pendapatan petani.

“Jadi pihak MOA memperkenalkan subsidi harga padi daripada setiap RM248.10 per metrik sekarang menjadi RM300. Jadi ada pertambahan RM50.

“Pemutuan sebenar yang diadakan ini kita dengar keresahan yang ada. Orang pertama yang bawa Barat Laut Selangor berkenaan isu ini pada Mac lalu ialah calon PRK Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi.

“Saya dengar keluahan mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk tambah subsidi melalui skim baharu iaitu Insentif Input Pertanian bernilai RM50 bagi setiap metrik tan,” ujarnya lagi.

-AAS

Tinggalkan komen anda